TUGAS PEMBANTU LAUT GRED A19

Deskripsi Tugas Pembantu Laut Gred A19 Beserta Gaji. Bagi lepasan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil yang sedang mencari pekerjaan, jawatan Pembantu Laut Gred A19 merupakan antara jawatan kerajaan yang boleh diletakkan dalam senarai permohonan anda. Berikut dikongsikan Senarai Tugas Pembantu Laut Gred A19 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan.

Kepada yang berminat untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Laut Gred A19 boleh membuat pendaftaran pekerjaan menerusi Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara atas talian atau online.

Daftar Isi

DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU LAUT GRED A19

TUGAS PEMBANTU LAUT GRED A19
TUGAS PEMBANTU LAUT GRED A19

Berikut merupakan deskripsi senarai tugas seorang Pembantu Laut Gred A19 SPA.

ASPEK KEWANGAN DAN PERSONEL : SENARAI TUGAS PEMBANTU LAUT GRED A19

  • Menjalankan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan;
  • Menjalankan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan;
  • Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat;
  • Mempunyai tanggungjawab dalam menguruskan aset dan stor; dan
  • Melakukan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.

ASPEK INDUSTRI (PERKAPALAN)

  • Mengurus dokumen berkaitan pendaftaran kapal dan bot;
  • Memastikan dokumen berkaitan pengurusan dan penyelarasan siasatan bagi tujuan pendakwaan kes-kes marin tersedia;
  • Menjalankan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun; dan
  • Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.

ASPEK KESELAMATAN PELAYARAN

  • Menolong mengurus alat-alat bantuan pelayaran beroperasi berlandaskan garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA);
  • Menolong dalam tugas yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin;
  • Membantu tugas-tugas penerimaan bangkai kapal dan salvaj; dan
  • Mengumpul info bagi penghasilan dan penerbitan buku air pasang surut.

ASPEK HAL-EHWAL PELAUT DAN PELABUHAN

  • Menolong melaksanakan urusan dokumentasi pelaut;
  • Bertugas dalam menjalankan operasi bot;
  • Bertugas menyelenggara dan inventori aset serta jeti jabatan;
  • Menjalankan hal pentadbiran pejabat pelabuhan; dan
  • Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.
See also  Pengertian Variabel Dependen, Independen, Moderating, dan Intervening

ASPEK PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (LATIHAN DAN INFRASTRUKTUR)

  • Menolong dalam urusan penyediaan maklumat dan dokumen bagi membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika); kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan;
  • Menolong dalam mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik;
  • Menolong menyediakan penilaian dan analisis program latihan; dan
  • Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan serta penyelidikan.

Kumpulan : Pelaksana
Kementerian/ Jabatan : Jabatan Laut Semenanjung/Sabah/Sarawak dan Jabatan

GAJI PEMBANTU LAUT GRED A19

Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Laut Gred A19.

  • GAJI MINIMUM : RM 1,362.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,034.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI SETIAP TAHUN : RM 100.00

SYARAT LANTIKAN : SENARAI TUGAS PEMBANTU LAUT

Berikut merupakan syarat lantikan/ kelayakan bagi jawatan Pembantu Laut Gred A19.

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • Memiliki kewarganegaraan Malaysia;
    • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred A19 iaitu RM1,362.00); atau
      • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
        (Gaji awal bermula pada Gred A19 iaitu RM1,362.00); atau
      • Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred A19 iaitu RM1,420.12); atau
      • Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred A19 iaitu RM1,420.12); atau
      • Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred A19 iaitu RM1,478.24); atau
      • Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
        (Gaji awal bermula pada Gred A19 iaitu RM1,536.36).
  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
See also  Jurusan kuliah S1 paling populer yang bisa kamu pertimbangkan

Sumber SPA

Diharap agar perkongsian Deskripsi tugas dan gaji serta senarai tugas Pembantu Laut Gred A19 ini dapat menjadi panduan buat para pemohon. Selamat berusaha dan semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *